Saturday, July 31, 2010

KEAJAIBAN HABBATUS SAUDA'

Dalam sebuah hadis, Ummul Mukminin Aisyah r.h. berkata : " Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

" Sesungguhnya habbatus sauda' (jintan hitam) mengandungi ubat bagi semua jenis penyakit kecuali al-sam." Asiyah bertanya:

"apa itu al-sam?" Dijawab oleh Baginda, yang bermaksud : " Al-sam adalah kematian." (Muttafaq 'alaih)

Telah dilakukan penelitian di pusat Penelitian Florida, Amerika Syarikat pada Habbatus Sauda, menunjukkan bahawa ia mampu meningkatkan dan menambahkan daya kekuatan dan daya tahan tubuh manusia bagi melindunginya daripada penyakit serta melawan kuman dan bahan kimia aktif yang lainnya.

KEJUJURAN


Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah. Koreksi satu persatu kesalahan kita. Jangan nafikan Realiti. Setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akui hakikat itu. Ingat, kita perlu maafkan diri kita kerana kita juga perlu mengasihini diri kita.

Friday, July 30, 2010

LAKUKAN APA ORANG BERJAYA LAKUKAN

Untuk berjaya, kita tidak perlu mencipta sesuatu yang baru atau membina sesuatu sistem canggih serba baru. Untuk berjaya, kita hanya perlu melakukan apa yang orang berjaya lakukan dan kita juga akan turut mencapai kejayaan. Semestinya dalam konteks ini, kejayaan adalah berjangkit.

Thursday, July 22, 2010

ARAHKAN MINDA UNTUK CERGAS

Anda boleh berdialog dengan minda anda sendiri dan mengarahkan minda anda supaya bekerja dengan cergas. Latih minda untuk membaca pergerakan dan perubahan yang berlaku di sekeliling anda.

Minda hendaklah cekap membuat keputusan lalu mengarahkan pancaindera untuk melaksanakan arahan tersebut. Pancaindera anda pula hendaklah melaksanakan segala arahan minda secara spontan.

Tuesday, July 20, 2010

MENGATASI KELESUAN


Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Berapa jam? Lima jam semalaman sudah memadai dari jam 12.30 tengah malam hingga 5.30 pagi. Tetapi anda sering tidur hingga lapan jam sehari.

Ini bermakna anda kerugian tiga jam sehari (1/8 hari). Jika anda berusia 24 tahun, ini bermakna anda telah kerugian masa emas selama tiga tahun..

Monday, July 19, 2010

BEKERJA KERANA ALLAH


Kita diciptakan untuk menjadi hamba-Nya dan juga sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Bagaimanakah tugas harian kerjaya saya boleh dihubungkan dengan kedua-dua tujuan tersebut? Fikirkan secara mendalam, nescaya anda akan menemui 'nikmat' dalam bekerja.

Bagaimana? Adakah anda benar-benar ingin melakukan perubahan dalam hidup anda? Jangan harapkan orang lain melakukan perubahan untuk anda kerana kejayaan adalah tanggungjawab diri anda sendiri.

Sunday, July 18, 2010

PENGETAHUAN TAMBAHAN

Jika anda seorang peguam, apa salahnya anda tahu serba sedikit tentang kedoktoran. Jika anda seorang pegawai tadbir, adalah lebih baik anda tahu tentang kejuruteraan.

Walaupun anda tidak tahu faedahnya sekarang, anda harus memberikan peluang kepada masa untuk membuktikannya.

Thursday, July 15, 2010

KEKEBALAN!!!


Kekebalan dalam konteks ini bermaksud kekuatan ekskusif yang menyebabkan anda 'tidak boleh disentuh' oleh orang lain.

Contohnya, katakan syarikat anda ingin mengembangkan pasaran ke Brazil tahun hadapan. Kebetulan hanya anda seorang yang pernah menuntut di sana. Tambahan pula, anda merupakan lepasan siswazah dalam bidang pemasaran di sebuah universiti terkemuka di Rio De Janeiro.

Dalam situasi sebegini, anda bileh dianggap sebagai seorang yang 'kebal' dan tidak boleh disentuh. Fokuskan pemikiran anda untuk 'menempatkan' kelebihan anda pada kedudukan yang betul dengan cara yang betul. Usah sama sekali menjatuhkan orang lain kerana itu tidak memberikan kejayaan yang berpanjangan.

Wednesday, July 14, 2010

JADILAH EJEN PERUBAHAN



Tetapi jangan terlalu idealistik, nanti akan dicemuh orang. Berpijak di atas bumi yang nyata dan lakukanlah perubahan yang wajarnya. Jadilah perintis kepada idea-idea baru untuk kebaikkan semua.
/
Berkongsilah dengan orang sekeliling anda. Luahkan idea kepada majikan dengan kaedah yang paling sesuai. "Sebatang lilin tidak akan kerugian apa-apa jika digunakan untuk menyalakan sebatang lilin yang lain".

Saturday, July 10, 2010

KEUPAYAAN DIRI !!

/
Ambil sekeping kertas dan bahagikan kepada dua. Satu bahagian ditulis perkataan 'kekuatan' dan disebelah lagi 'kelemahan'. Buat analisa diri dengan jujur dan telus.
/
Anda juga boleh meminta pertolongan sahabat karib yang boleh dipercayai untuk membantu anda. Dengan menganalisis diri sendiri, barulah anda tahu ruang yang perlu diperbaiki dan apakah kekuatan yang boleh dimanfaatkan untuk anda dan untuk sekitar anda.

BERFIKIRAN LUAS DALAM KARIER ANDA

/
/
/
/
/
Mesti berjiwa besar dan berpandangan jauh. Tetapi pada masa yang sama, sentiasa pastikan bahawa sasaran adalah realistik. Tentukan langkah-langkah untuk mencapainya, disertakan bersama rangka waktu dan senarai kerja yang perlu dilakukan.
/
Jangan tersangkut di takuk lama. Sertai mereka yang telah berjaya dengan mengikuti jejak langkah dan tabiat kerja mereka.
/
Dapatkan bahan bacaan yang boleh membantu karier anda sekarang. Zaman berubah lebih pantas berbanding sebelum ini. Majikan akan pasti menghargai pekerja yang penuh dengan idea-idea bernas dan jauh ke hadapan.

Friday, July 9, 2010

SYUKUR NIKMAT

/
Allah berfirman dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud: 'sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.' (Surah Ibrahim 14 : 7)
/
Zahirkan rasa Syukur dengan menggunakan segala nikmat yang diberikan untuk mendekatkan diri kepada pemberi nikmat.
/
Apabila ditimpa musibah bersabarlah dan sekiranya dilimpahkan nikmat mestilah bersyukur. Hendaklah sentiada merasa cukup dengan segala nikmat yang sedikit. Sentiada memberi dan berkongsi apa sahaja sama ada berupa kebendaan atau nasihat.
/
Ingin nikmat bertambah-tambah oleh Pemberi nikmat? Jika jawapannya ya, maka bersyukurlah. Syukur perlu diluahkan melalui rasa hati, gerak lidah dan ikhlasnya seluruh anggota badan.


Tuesday, July 6, 2010

/
"WASIAT TERAKHIR"
/
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud..
/
' Wahai manusia sila dengar apa yang bakal aku perkatakan ini. Aku tidak tahu apakah akan dapat lagi aku bersama kamu semua lagi selepas ini, di tempat ini, selepas tahun ini selamanya.'
/
" Sesungguhnya darah kamu, harta benda kamu dan kehormatan dirimu telah terpelihara (diharamkan untuk sesiapa pun daripada mengkhianatinya) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini dan bandar ini ( Makkah dan sekitarnya )."
/
" Sesiapa yang memegang amanah maka hendaklah dikembalikan amanah tersebut kepada tuannya. Ingatlah segala amalam jahiliah telah berada di bawah tapak kakiku (telah dihapuskan)."
/
" Tuntutan hutang darah pada zaman jahiliah (sebelum islam) telah diampunkan. Tuntutan darah yang pertama telah aku batalkan ialah darah Ib'n Rabiah bin Al-Harith yang disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail."
/
" Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan semuanya secara keseluruhan."
/
" Wahai manusia! Takutilah Allah s.w.t dalam urusan berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah s.w.t dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimat Allah. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan yang buruk. Jika mereka lakukannya, maka kamu berhak menghukum mereka, tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadap kamu, maka wajib bagi kamu menjaga makan dan pakai mereka dengan baik."
/
" Semua orang muslim adalah bersaudara. Oleh itu, tidak halal bagi seorang Muslim mengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya."
/
" Janganlah kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku dengan sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan kepada kamu satu panduan, jika kamu berpegang kepadanya dan ajarannya maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Itulah kitab Allah dan sunah Nabi-Nya."
/
" Wahai manusia !! sesungguhnya tidak ada lagi nabi selepas aku dan tiada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah s.w.t., Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan ramadhan, dan mengeluarkan zakat hartamu dengan penuh kerelaan. Kerjakanlah jua haji ke Rumah Suci Tuhanmu (Kaabah) dan dengan itu kamu bakal menghuni syurga Tuhanmu."
/
" Tuhan kamu adalah Esa. Datuk kamu pula satu. Kamu semua berasal daripada Adam dan Adam berasal daripada tanah. Orang yang terbaik daripada kalangan kamu adalah yang paling bertaqwa kepada Allah s.w.t. Tidak ada kelebihan bagi bangsa Arab atau bangsa lain kecuali dengan taqwa."
/
" Allah s.w.t telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati. Oleh itu tidak boleh membuat wasiat kepada ahli waris penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan anaknya yang sebenar, juga akan menerima laknat daripada para malaikat dan seluruh manusia."
/
Kemudian kamu semua bakal ditanya tentang diriku, maka apakah yang bakal kamu perkatakan?" Kami menjawab : " Kami bersaksi bahawasanya tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu."
/
Lantas Baginda s.a.w mengangkat tangannya ke langit seraya menurunkannya ke arah orang ramai lalu berkata sebanyak tiga kali ( yang bermaksud ): " Ya Allah! Saksikanlah."
/