Tuesday, August 10, 2010

MENANGIS UNTUK KESIHATAN MATA

Kajian ilmiah menjelaskan khasiat menangis yang diperoleh sesuai dengan masalah atau penyakit yang dihidapinya. Sebagai contoh air mata yang keluar apabila seseorang memotong bawang mampu memelihara kelembutan dan kelembapan kedua-dua matanya dan membuang segala bahan-bahan yang cuba memasuki matanya.
...
Setiap air mata yang tumpah mempunyai nilai kesihatan yang tinggi, antaranya membantu kelenturan gerakan kelopak-kelopak mata, memelihara daripada penyakit kekeringan mata, membersihkan mata daripada segala habuk dan debu tanah serta melindungi mata secara terus-menerus.( kata Dr. Muhammad Abdllatif Bultiyyah , Pakar Mata)
...
Sebagai umat islam, tidak seharusnya kita menangis melulu seperti meratapi kematian dan sebagainya. Kita sememangnya digalakkan menangis dalam keadaan tertentu seperti :
...
> mengenangkan dosa-dosa lalu dalam taubat
> takutkan azab-azab Allah
> ketika berdoa dengan khusyuk
...
Semoga dengan tangisan yang bermakna menjdi titik permulaan dalam pengubatan alternatif dan yang lebih penting lagi menangis kerana Allah s.w.t yang amat tinggi nilainya.
...

No comments:

Post a Comment