Monday, August 2, 2010

TIDUR WAKTU PAGI


Malangnya, ramai orang yang suka tidur pada waktu padi terutama para remaja. Ini lebih ketara pada hujung minggu atau musim cuti persekolahan. Mereka ini seperti burung hantu, tidak tidur pada waktu malam, bukan melakukan perkara yang produktif seperti belajar atau bekerja sambilan tetapi membuang masa bersama kawan-kawan sambil berhibur.

Ini adalah satu amalan yang membawa kepada kerugian besar dan membazir usia muda.. Tambahan lagi anda akan terlepas mengerjakan solat Duha kerana suka tidur pada waktu pagi.

Sedangkan solat Duha mempunyai fadilat yang sangat besar antaranya diberikan rezeki oleh Allah s.w.t daripada sumber yang tidak diketahui.

No comments:

Post a Comment